Sunday 6 March 2016

PENGENALAN DIRI



*PERSONALITI...DIRI*

 Nama diberi Siti Nor Atikah Binti Mohd Safawi, saya berusia 22 tahun dan telah dilahirkan di Hospital Besut pada 29 Jun tahun 
1994 yang mana berhampiran dengan Bandar Jertih. Saya 
berasal dari Besut, Terengganu iaitu yang beralamat 236
 Felda Tenang, 22010 Jertih, Besut, Terengganu. Saya 
merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik.
 Ibu yang tercinta bernama Karimah Binti Mat Yaacob,
 manakala bapa pula bernama Mohd Safawi Bin Daud.

Untuk pengetahuan semua, setelah tamat pembelajaran di
 tingkatan enam dan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan 
Malaysia (STPM), dengan izin Allah saya telah melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam. 
Menurut hadis di dalam shahihul jami', " Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain". Dengan itu, saya bercita-cita tinggi untuk 
menjadi seorang pensyarah kerana ingin berkongsi ilmu kepada bakal pendidik dan melahirkan generasi yang bermodal insan dan disanjung tinggi pada mata dunia. Azam
 saya ketika melangkah kaki ke universiti ini adalah untuk belajar bersungguh-sungguh 
demi mendapatkan ‘first class’ ataupun grad dengan dekan agar tidak menghampakan harapan ibu dan bapa tercinta. Tanpa mereka siapalah saya.

Tidak dinafikan setiap insan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan 
harmoni dalam kehidupan, termasuklah saya sendiri. Saya amat bersyukur ke hadrat 
ilahi kerana telah melengkapi hidup saya dengan kehadiran ayah, ibu, abang, kakak,
 dan adik yang mana telah membentuk satu keluarga yang saling melengkapi antara 
satu sama lain.

Pada masa senggang atau terluang, saya gemar membaca buku-buku yang dapat 
memberi manfaat seperti novel, majalah, dan buku-buku fiksyen. Di samping itu, saya 
juga suka melayari internet untuk mengumpul pelbagai maklumat mengenai kerjaya profesional yang bakal menjadi pilihan saya demi masa hadapan kelak. 

Akhir sekali, saya berharap agar segala onak duri dan badai yang melanda di 
alam universiti ini dapat saya tempuhi dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Hal ini 
agar impian saya untuk menggapai cahaya kemenangan iaitu mendapat ‘first class’
 dan menjadi pensyarah adalah satu realiti dan bukannya sia-sia. Semoga doa 
saya dimakbulkan oleh tuhan in sya Allah.